Monday, October 18, 2010

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGARAH DAN SYARIKAT SDN. BHD.


Ketika ini pihak SSM sedang meningkatkan aktiviti pemerkasaan organisasi ini dengan menstrukturkan semula secara besar-besaran ke atas semua prosedur dan proses dalamanya. Pada tahun 2007, pihak SSM telah memperkenalkan satu lagi pendekatan baru iaitu penguatkuasaan melalui pengkalan data SSM. Melalui kaedah ini, pemeriksaan dibuat untuk megesan kesalahan yang melibatkan kegagalan menyerah simpan dokumen-dokumen berkanun. Kadar pematuhan terhadap polisi dan Akta ketika ini semakin meningkat dan telah berjaya mencapai akan tahap 91% iaitu sesuatu tahap yang baik seperti juga di Hong Kong, Singapura, United Kingdom dan New Zealand.

Pihak Pengarah dan Syarikat perlu memainkan peranan yang aktif bagi memastikan perjalanan Syarikat tidak terganggu. Ini termasuk juga dengan pematuhan terhadap polisi dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Akta bermula dari tarikh Syarikat ditubuhkan.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (ANNUAL GENERAL MEETING)
Setiap Syarikat Sdn. Bhd. dan Berhad perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) setiap tahun selaras dengan Akta Syarikat Seksyen 143 (1). Bagi Syarikat yang baru ditubuhkan, Akta Syarikat memberi tempoh sehingga 18 bulan bagi mengadakan AGM ini.
Satu laporan yang dikenali sebagai Laporan Tahunan (Annual Return) perlu diserahsimpan kepada pihak SSM dalam tempoh tersebut. Antara kandungan Annual Return ini adalah :
  • Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
  • Penyata Kewangan Beraudit (Audit Report)
AUDIT REPORT (LAPORAN AUDIT)
Pihak Syarikat dikhendaki mengaudit akan Penyata Kewangan mereka setiap tahun. Oleh yang demikian, pihak Syarikat perlu melengkapkan dan menyediakan Penyata Kewangan bersama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan. Tanggungjawab ke atas Penyata Kewangan adalah tanggungjawab Pengarah. Ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 169 (15) dan (16) Akta
Syarikat. Pengarah juga bertanggungjawab keatas penyediaan dan kebenaran dalam pelaporan kewangan Syarikat.

PENALTI DAN KOMPAUN

Kegagalan pihak Syarikat untuk mematuhi akan polisi dan prosedur yang ditetap
kan akan menyebabkan pihak Syarikat dan para Pegarah akan dikenakan tindakan dalam bentuk kompaun dan penalti. Antara kompaun yang banyak dikeluarkan ketika ini (2010) adalah :
  • RM200 - Gagal menyerahsimpan Laporan Tahunan (Annual Return) - Seksyen 165 (4) - 1 tahun.
  • RM1,000 - Gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) - Seksyen 143 (1) - 1 tahun.
  • RM3,000 - Gagal membentangkan Laporan Audit dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) - Seksyen 169 (1) - 1 tahun.
-----> Jumlah keseluruhan bagi setiap Pengarah adalah RM4,200.

PERCUKAIAN
Di dalam pekara Percukaian, pihak Syarikat perlulah mematuhi akan polisi dan prosedur yang berkaitan :
  • Percukaian Syarikat - Borang C dan Borang R
  • Pelaporan Penyataan Saraan Pengajian - Borang E dan Borang EA
  • Anggaran Cukai Hadapan - Borang CP204
Borang C dan Borang R
Syarikat diwajibkan bagi melaporkan akan percukaian Syarikat yang tidak mengambilkira samada Syarikat mengalami keuntungan ataupun kerugian. Percukaian Syarikat ini akan dilaporkan didalam Borang C dan Borang R dimana perlu diserahkan kepada LHDN sebelum atau pada enam(6) bulan selepas tarikh tamat kewangan berakhir.

Borang E dan Borang EA
Bagi Penyata Saraan Pengajian, pihak Syarikat (Majikan) perlu melaporkan penyata saraan dalam tahun kewangan yang berakhir pada setiap 31 Disember kepada LHDN. Pihak Syarikat juga perlu melengkapkan dan memberikan Borang EA (EA Form) kepada pekerja seperti garispanduan yang ditetapkan. Bagi pekerja yang telah mendapat Borang EA ini, mereka seterusnya akan melaporkan cukai individu mereka kepada LHDN.

Borang CP204
Pihak Syarikat dikehendaki mengemukakan anggaran cukai yang kena dibayar di dalam borang ini tidak lewat dari 30 hari sebelum bermulanya tahun kewangan yang baru. Bagi Syarikat yang baru bermula beroperasi, borang ini hendaklah dikemukakan kepada LHDN dalam tempoh 3 bulan dari tarikh bermulanya beroperasi.

Anggara cukai ini penting kerana penalti yang dikenakan oleh LHDN akan besar sekiranya terdapat perbezaan di antara Cukai Dikenakan dengan Cukai Yang Dibayar.