Tuesday, October 11, 2011

CUKAI : PENALTI PENERIMAAN BORANG CUKAI


KENYATAAN MEDIA LHDN

PENGENAAN PENALTI BAGI BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN YANG DITERIMA SELEPAS TEMPOH YANG DITETAPKAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 112(3) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967.


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini mengingatkan pembayar cukai betapa LHDNM memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh pembayar cukai apabila lewat atau gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Tindakan mengenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 melalui arahan terbaru merupakan pembaikan kepada arahan sebelum ini untuk menghasilkan peningkatan dalam pematuhan penghantaran BNCP mengikut tempoh.

Sebagai usaha untuk mendorong pembayar cukai mematuhi tempoh penghantaran BNCP, keputusan diambil untuk meminda kadar pengenaan penalti mengikut struktur berikut:


Penghantaran selepas tarikh ditetapkan sehingga 12 bulan

20%

Penghantaran selepas tarikh ditetapkan sehingga 24 bulan

25%

Penghantaran selepas tarikh ditetapkan sehingga 36 bulan

30%

Penghantaran selepas tarikh ditetapkan melebihi 36 bulan

35%


Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Dato’ Dr. Mohd Shukor Mahfar dalam satu kenyataan hari ini.

Arahan pengenaan kadar penalti tersebut telah mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2011. Peringatan untuk mematuhi penghantaran BNCP ini telah dilakukan beberapa kali sebelum tarikh akhir 30 Jun 2011 untuk individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan.

Tambah beliau lagi, amaun penalti yang dikenakan tidak akan melebihi 3 kali ganda cukai yang dikenakan.

LHDN
Kuala Lumpur, 30 September
.