Tuesday, October 15, 2013

From: xxx
To: mr.radzi@ymail.com
Sent: Monday, October 7, 2013 9:27 AM
Subject: Pendaftaran Syarikat.

Assalamualaikum En. Radzi,

Saya Ismail, menemui nama tuan di google.com. Saya ingin bertanya tuan suatu soalan, sebagai seorang pensyarah university awam di Malaysia, bolehkah saya mendaftar syarikat untuk menganjurkan seminar? Mohon bantuan tuan dlm hal ini.

Terimakasih.

Wassalam.

Assoc. Prof.  xxx
Selangor
MALAYSIA



___________________________________________________________________________________________________

JAWAPAN 


Salam Tuan, Terima kasih kerana mengunjungi blog kami.

Memandangkan Tuan merupakan seorang Pensyarah di IPTA, maka di sini kami kategorikan Tuan sebagai seorang Penjawat Awam.

Untuk makluman Tuan, Akta Syarikat 1965 menunjukkan bahawa tiada halangan bagi golongan kakitangan Penjawat Awam untuk menubuhkan Syarikat/memegang jawatan sebagai Pengarah di dalam Syarikat sendiri atau Syarikat orang lain. Walaubagaimanapun dalam Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (KelakuandanTatatertib) 1993 iaitu mengenai pekerjaan luar, Penjawat Awam perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu.

Peraturan ini juga membenarkan Penjawat Awam memegang jawatan Pengarah dengan syarat:
·                     Di luar waktu pejabat
·                     Tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai Pegawai Awam
·                     Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam


Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Tuan boleh menubuhkan Syarikat.

Semoga membantu.

Terima kasih.