To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Monday, March 3rd, 2014 2:45 AM
Subject: PEMEGANG SAHAM FOREIGNER
Salam,
Encik, saya Cik XXX, ada problem nak upgrade dari Enteprise ke Sdn Bhd. Untuk Sdn Bhd, at least perlukan 2 orang shareholders, so problem saya, salah seorang shareholders itu ialah seorang foreigner dan datang dengan student pass visa. Boleh settle ke atau kena tukar shareholders tu?
JAWAPAN:
Salam.
Berdasarkan soalan yang dikemukakan, ada dua isu yang perlu dibincangkan. Untuk pengetahuan Cik XXX, perniagaan Enterprise tidak boleh dinaik taraf (upgrade) kepada Sdn Bhd kerana kedua-dua jenis perniagaan ini menggunakan dua Akta yang berbeza di mana:-
- Enterprise- Akta Perniagaan 1956
- Syarikat Sdn Bhd- Akta Syarikat 1956
Untuk makluman pihak Cik, Akta Syarikat 1956 tidak menghalang mana-mana warganegara asing untuk memegang saham mahupun menjadi Pengarah bagi sesebuah syarikat. Namun begitu, individu tersebut perlulah mematuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Berumur 18 tahun
- Mempunyai alamat di Malaysia
- Tidak pernah disabitkan/dipenjarakan sama ada di dalam atau di luar Malaysia di atas mana-mana kesalahan.
Sekiranya syarat-syarat kelayakan diatas dipatuhi, maka warga asing tersebut boleh dilantik menjadi Pemegang Saham dan Pengarah di dalam syarikat.
Sekian, harap maklum.
Terima kasih.