Thursday, January 15, 2015



From:"xxx"
To:rundingsyarikat@yahoo.com
Sent: December 27, 2014 1:14 AM
Subject: TUTUP SYARIKAT

Harap beri nasihat. Saya adalah salah seorang pemegang saham syarikat sdn bhd tapi company ini sudah beroperasi 10 tahun. Baru2 ini saya ingin tutup company ini kerana dah bertahun2 tidak untung lagi masalah accountant saya ini beritahu kos untuk tutup company agak mahal sebab itu saya agak risau dah tak untung lagi tapi kena pulah kos yang mahal untuk tutup . setahu saya company dah tak hutang lagi cuma kena buat account saja cuma tahun 2013 ada business sampai bulan 6 tapi accountant kata kena buat setahun lagi sila beri maklum balas. Sekian

Terima kasih.

En XXX

JAWAPAN:

Waalaikumsalam, Tuan.

Untuk makluman Tuan,
Sekiranya Syarikat tidak lagi aktif, Tuan sebagai Pemegang Saham berhak untuk menutup  Syarikat Tuan dan proses penutupan ini lebih dikenali sebagai ‘Strike Off’. Seksyen 308, Akta Syarikat 1965 menyediakan prosedur bagi syarikat dibubarkan tanpa perlu menjalankan proses formal penggulungan.

PENUTUPAN SYARIKAT

Definisi
Seksyen 308 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan prosedur bagi sesebuah syarikat yang akan dibubarkan tanpa perlu menjalankan proses rasmi penggulungan. Ia mungkin terjejas apabila Pendaftar melaksanakan kuasanya di bawah Seksyen 308 (1) untuk membatalkan sesebuah syarikat yang tidak berfungsi daripada Daftar dan di bawah Seksyen 308 (3) jika Pendaftar membatalkan sesebuah syarikat yang telah digulung.

Antara syarat2 yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:-
a. Syarikat itu tidak berniat untuk menjalankan perniagaan pada masa hadapan
b. Syarikat itu tidak mempunyai asset atau harta
c. Syarikat itu tidak mempunyai hutang yang perlu dibayar
d. Syarikat itu bukan Syarikat penjamin atau anak Syarikat lain
e. Syarikat itu tidak berfungsi lagi, atau mungkin tiada pegawai yang boleh dihubungi lagi

Proses penutupan Syarikat ini kebiasaannya mengambil tempoh selama 6 hingga 12 bulan bergantung kepada budi bicara pihak SSM. Sesebuah Syarikat yang telah dibatalkan dari Daftar disifatkan telah dibubarkan setelah notis pembatalan nama dikeluarkan dalam Warta Kerajaan.

Sementara itu, pihak Tuan tidak perlu menunggu sehingga setahun lagi untuk menyediakan akaun Syarikat kerana pembatalan nama Syarikat hanya memerlukan Pengarah menyediakan Akaun Pengurusan Syarikat sahaja.

Sementara itu, kos pembayaran bagi pembatalan nama Syarikat adalah tidak membebankan iaitu berjumlah RM1,920 dan jumlah ini juga bergantung kepada penyediaan Akaun Pengurusan Syarikat.  

Terima kasih.

Harap dapat membantu.

RADZI & CO.
Chartered Accountants (M)