Tuesday, January 19, 2016

PINDAHAN ASET DAN LIABILITI ENTERPRISE KE SDN. BHD.

From:"xxx"
To:rundingsyarikat@yahoo.com
Sent:
December 27, 2014 1:14 AM
Subject: PINDAHAN ASET DAN LIABILITI ENTERPRISE KE SDN. BHD.

Assalamualaikum..

Saya ada sebuah Syarikat Enterprise dan ingin upgred ke Sdn. Bhd. saya difahamkan kita tidak boleh upgred dari Enterprise ke Sdn. Bhd kecuali aset dan laibiliti Enterprise dipindahkan ke Sdn. Bhd. soalan saya:-

1. Bagaimana dan borang apa yg perlu di isi utk tukarkan aset dan liabiliti Enterprise ke Syarikat Sdn. Bhd.

2. Adakah segala sijil2 competen dari Syarikat Enterprise contoh sijil cidb, span dan sebagainya boleh dipindahmilik ke Syarikat Sdn. Bhd. (saya adalah salah seorang pemilik saham dan pengarah urusan utama di Sdn. Bhd. nanti jika ditubuhkan.

Harap pihak tuan dapat meleraikan persoalan di atas.

Sekian dan terima kasih.

Pn XXX

JAWAPAN:
Waalaikumsalam, Tuan.
Untuk makluman Tuan,  
Untuk pengetahuan Puan, perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) secara undang-undang tidak boleh “di upgradekan” kepada Syarikat Sdn. Bhd. Hal ini kerana kedua-dua entiti ditubuhkan di bawah akta yang berbeza iaitu bagi Enterprise, akta yang digunakan adalah Akta Perniagaan 1956 manakala Syarikat Sdn. Bhd. menggunakan Akta Syarikat 1965. Sekiranya Tuan Ingin menubuhkan perniagaan Syarikat Sdn. Bhd., segala aktiviti dari perniagaan Enterprise termasuk aset dan liabiliti boleh sekiranya perlu dipindahkan ke entiti baru ini dan perniagaan Enterprise itu dikecilkan ataupun diberhentikan.




1. Sekiranya syarikat Sdn Bhd telah ditubuhkan, aset daripada enterprise seperti kenderaan, perabot, komputer dan sebagainya boleh dibawa ke sdn. bhd. dengan melupuskan aset tersebut dengan cara dijual kepada syarikat sdn. bhd. Setiausaha Syarikat akan menyediakan resolusi bagi pembelian aset tersebut. Bagi liabiliti Enterprise pula, contohnya seperti penghutang, Puan perlu memberitahu kepada mereka bahawa segala urusan akan dibawa kepada syarikat sdn. bhd. Manakala pemiutang pula, Puan perlu menyelesaikan hutang tersebut terlebih dahulu.
Pihak Puan perlu juga menitik beratkan nilai buku dan nilai semasa yang wajar terhadap aset-aset yang dibawa masuk kepada entiti baru. Dari segi cukai, penjualan aset daripada Enterprise akan melibatkan kiraan bagi “balancing charge (BC)” dan “balancing allowance (BA)”. BC akan meningkatkan cukai yang dikenakan manakala BA akan mengurangkan cukai yang dikenakan terhadap individu. Sementara itu, bagi Syarikat pula hanya layak untuk menerima “annual allowance” bagi aset yang beli daripada Enterprise tersebut. 
2.  Bagi sijil-sijil seperti CIDB dan sebagainya, Puan perlu menguruskan pertukaran sijil dan mendapatkan maklumat yang lebih lanjut kepada pihak-pihak yang terlibat.

Terima kasih.  

Harap dapat membantu.

RADZI & CO.
Chartered Accountants (M)