Monday, October 18, 2010

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGARAH DAN SYARIKAT SDN. BHD.


Ketika ini pihak SSM sedang meningkatkan aktiviti pemerkasaan organisasi ini dengan menstrukturkan semula secara besar-besaran ke atas semua prosedur dan proses dalamanya. Pada tahun 2007, pihak SSM telah memperkenalkan satu lagi pendekatan baru iaitu penguatkuasaan melalui pengkalan data SSM. Melalui kaedah ini, pemeriksaan dibuat untuk megesan kesalahan yang melibatkan kegagalan menyerah simpan dokumen-dokumen berkanun. Kadar pematuhan terhadap polisi dan Akta ketika ini semakin meningkat dan telah berjaya mencapai akan tahap 91% iaitu sesuatu tahap yang baik seperti juga di Hong Kong, Singapura, United Kingdom dan New Zealand.

Pihak Pengarah dan Syarikat perlu memainkan peranan yang aktif bagi memastikan perjalanan Syarikat tidak terganggu. Ini termasuk juga dengan pematuhan terhadap polisi dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Akta bermula dari tarikh Syarikat ditubuhkan.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (ANNUAL GENERAL MEETING)
Setiap Syarikat Sdn. Bhd. dan Berhad perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) setiap tahun selaras dengan Akta Syarikat Seksyen 143 (1). Bagi Syarikat yang baru ditubuhkan, Akta Syarikat memberi tempoh sehingga 18 bulan bagi mengadakan AGM ini.
Satu laporan yang dikenali sebagai Laporan Tahunan (Annual Return) perlu diserahsimpan kepada pihak SSM dalam tempoh tersebut. Antara kandungan Annual Return ini adalah :
  • Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
  • Penyata Kewangan Beraudit (Audit Report)
AUDIT REPORT (LAPORAN AUDIT)
Pihak Syarikat dikhendaki mengaudit akan Penyata Kewangan mereka setiap tahun. Oleh yang demikian, pihak Syarikat perlu melengkapkan dan menyediakan Penyata Kewangan bersama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan. Tanggungjawab ke atas Penyata Kewangan adalah tanggungjawab Pengarah. Ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 169 (15) dan (16) Akta
Syarikat. Pengarah juga bertanggungjawab keatas penyediaan dan kebenaran dalam pelaporan kewangan Syarikat.

PENALTI DAN KOMPAUN

Kegagalan pihak Syarikat untuk mematuhi akan polisi dan prosedur yang ditetap
kan akan menyebabkan pihak Syarikat dan para Pegarah akan dikenakan tindakan dalam bentuk kompaun dan penalti. Antara kompaun yang banyak dikeluarkan ketika ini (2010) adalah :
  • RM200 - Gagal menyerahsimpan Laporan Tahunan (Annual Return) - Seksyen 165 (4) - 1 tahun.
  • RM1,000 - Gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) - Seksyen 143 (1) - 1 tahun.
  • RM3,000 - Gagal membentangkan Laporan Audit dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) - Seksyen 169 (1) - 1 tahun.
-----> Jumlah keseluruhan bagi setiap Pengarah adalah RM4,200.

PERCUKAIAN
Di dalam pekara Percukaian, pihak Syarikat perlulah mematuhi akan polisi dan prosedur yang berkaitan :
  • Percukaian Syarikat - Borang C dan Borang R
  • Pelaporan Penyataan Saraan Pengajian - Borang E dan Borang EA
  • Anggaran Cukai Hadapan - Borang CP204
Borang C dan Borang R
Syarikat diwajibkan bagi melaporkan akan percukaian Syarikat yang tidak mengambilkira samada Syarikat mengalami keuntungan ataupun kerugian. Percukaian Syarikat ini akan dilaporkan didalam Borang C dan Borang R dimana perlu diserahkan kepada LHDN sebelum atau pada enam(6) bulan selepas tarikh tamat kewangan berakhir.

Borang E dan Borang EA
Bagi Penyata Saraan Pengajian, pihak Syarikat (Majikan) perlu melaporkan penyata saraan dalam tahun kewangan yang berakhir pada setiap 31 Disember kepada LHDN. Pihak Syarikat juga perlu melengkapkan dan memberikan Borang EA (EA Form) kepada pekerja seperti garispanduan yang ditetapkan. Bagi pekerja yang telah mendapat Borang EA ini, mereka seterusnya akan melaporkan cukai individu mereka kepada LHDN.

Borang CP204
Pihak Syarikat dikehendaki mengemukakan anggaran cukai yang kena dibayar di dalam borang ini tidak lewat dari 30 hari sebelum bermulanya tahun kewangan yang baru. Bagi Syarikat yang baru bermula beroperasi, borang ini hendaklah dikemukakan kepada LHDN dalam tempoh 3 bulan dari tarikh bermulanya beroperasi.

Anggara cukai ini penting kerana penalti yang dikenakan oleh LHDN akan besar sekiranya terdapat perbezaan di antara Cukai Dikenakan dengan Cukai Yang Dibayar.

Saturday, September 4, 2010


PENUBUHAN SYARIKAT
Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.)

Bagi Syarikat Sdn. Bhd., Akta Syarikat t
elah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakw
a atau mendakwa atas namanya sendiri. Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Bersifat kekal abadi. Bagi pembubaran hanya boleh dibubarkan melalui Sukerela (Persetujuan Bersama) dan Tindakan Mahkamah.

ORGANISASI SYARIKAT
Seperti termaktub di dalam Akta Syarikat 1965, setiap Syarikat Sdn. Bhd. mestilah mempunyai Ahli Lembaga Pengarah, Juruaudit Syarikat dan Setiausaha Syarikat.

KUASA LEMBAGA PENGARAH
Pemegang Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan Objektif dan Arah-tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang yang telah
ditetapkan. Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965.

KONSEP LIABILITI TERHAD
Sifat kelebihan dan faktor utama mengapa ramai yang
memilih entiti perniagaan Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.

DOKUMEN BERKANUN
Syarikat mestilah mempunyai dokumen berkanun (statutori) yang wajib disimpan seperti berikut, Buku Daftar Pemegang Saham, Buku Daftar Pengarah, Pengurus,
Setiausaha dan Cagaran, Buku Minit Mesyuarat, Cop Mohor, Buku Sijil Saham. Pada kebiasaanya pihak Setiausaha Syarikat akan menyimpan dan mengawal selia dokuemen-dokumen tersebut selaras dengan peranan dan tanggungjawab Setiausaha Syarikat.

PROSES PENDAFTARAN SYARIKAT

PERINGKAT PERTAMA
Permohonan mencari nama syarikat – Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Nama Syarikat yang dic
adangkan perlulah mendapat kelulusan SSM sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah :
  • Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai,
  • Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim
  • Tidak boleh menggunkan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, nama Negeri-negeri dan sebagainya.
Pada ketika ini (1 September 2010), bilangan jumlah Syarikat Sdn. Bhd dan Berhad telah mencapai angka 900,000. Oleh yang demikian banyak nama Syarikat telah digunapakai.

.
Tips dan Panduan Nama Syarikat Baru.
  • Mencari nama Syarikat yang jarang digunakan.
  • Digalakan agar menggunakan lebih 2 patah perkataan seperti CINTA ANGGUN RESOURCES SDN. BHD. Peluang menggunakan nama yang lebih 2 patah perkataan adalah amat cerah.
  • Sekiranya menggunakan nama yang agak pelik, penerangan atas nama diperlukan. Sebagai contoh : KAJA GROUP PROPERTIES SDN. BHD. (KAJA = KAMAL dan JAMAL) Boleh juga menggunakan Bahasa lain tetapi kita perlu definisikan ke dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa English. Sebagai contoh:Kappa Sigma…bermaksud didalam Bahasa Greek : Kappa = K dan Sigma = S)

Setiap permohonan nama perlu dibayar kepada SSM. Oleh yang demikian dinasihatkan berhati-hati dalam pencarian nama baru Syarikat supaya mengelakkan pembaziran.






PERINGKAT KEDU
A
Selepas nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan Dokumen sebelum pengeluaran Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat). Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan. Antaranya adalah :
  1. Borang Perlantikkan Pengarah (Borang 48A) - Merupakan pengistiharan Pengarah, Pemegang Saham.
  2. Penyataan Pematuhan - Borang 6.
  3. Memorandum dan Artikel Syarikat (M & A) - Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat. Antara pekara yang penting yang perlu dinyatakan adalah :
  • Aktiviti Utama Syarikat.
  • Penyenaraian 3 aktiviti utama Syarikat.
  • Jumlah Saham Dibenarkan dan Saham Dibayar (Authorised and Paid-up Capital).
  • Nama Permulaan Pemegang Saham, Para Pengarah dan Setiausaha Syarikat.
  • Bagi Syarikat Dihadkan dengan Saham akan menyatakan akan Sekatan terhadap Jualan Saham, Ahli yang tidak melebihi 50 orang dsb.

Nota :

  1. Kesemua borang dan dokumen diatas perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Dimeterai dengan Duti Setem.
  2. Pada peringkat ini Yuran Pendaftaran Syarikat baru akan dibayar kepada pihak SSM bagi membolehkan pihak SSM memproses borang dan dokumen tersebut.

PERINGKAT TERAKHIR

Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan yang kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari. Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.
  1. Borang 24 – Merupakan Borang Maklumat Saham iaitu Saham Diterbitkan dan Saham Dibenarkan (Authorised dan Paid-up Capital) dan juga maklumat pemegang-pemegang saham.
  2. Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dam kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat.
  3. Borang 49 – Borang yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.

Mesyuarat Para Pengarah Pertama - Resolusi

Merupakan resolusi Syarikat apabila Sijil Penubuhan Syarikat (Borang 9) telah dikeluarkan oleh SSM. Antara kandungannya ialah :

  1. Menerima dan mengambilkira akan Sijil Penubuhan Syarikat, Memorandum dan Artikel Syarikat dan Cap Mohor Syarikat.
  2. Melantik Pengarah Pertama.
  3. Melantik Setiausaha Syarikat Pertama
  4. Menentukan Alamat Berdaftar Syarikat
  5. Menentukan struktur dan pengagihan saham Syarikat

Sijil Saham akan dikeluarkan berpandukan kepada Resolusi Mesyuarat Pengarah Pertama.


Dokumen Simpanan Anda Selepas Penubuhan

Dokumen-dokumen yang perlu ada dan disimpan oleh Anda selepas proses penubuhan Syarikat:

  • 5 Salinan Memorandum dan Arikel (M & A)
  • 5 Salinan Borang 44
  • 5 Salinan Borang 49
  • 5 Salinan Borang 24
  • 5 Salinan Borang 9
  • Resolusi pembukaan Akaun Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)
Kesemua dokumen yang diserahkan kepada pelanggan telah ditandatangi (Certified True Copy) oleh pihak Setiausaha Syarikat.