PERINGKAT PERTAMA
Permohonan carian nama Syarikat (Borang 13A)
Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan
haruslah:-
Info:-
- Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai.
- Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim.
- Tidak boleh menggunakan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, nama negeri-negeri dan sebagainya.
Info:-
Berdasarkan statistik SSM sehingga 31 Disember
2012, sebanyak 1,017,941 Syarikat yang telah didaftarkan. Oleh yang demikian,
banyak nama Syarikat telah digunapakai dan didaftarkan.
PERINGKAT KEDUA
Setelah nama yang dicadangkan itu diluluskan, maka pihak SSM akan
mengeluarkan satu surat kelulusan nama memaklumkan bahawa nama
yang dicadangkan telah diluluskan dan akan dirizab selama 3 bulan.
Sehubungan itu, dokumen-dokumen berkaitan perlu disediakan dan diserahsimpan
kepada pihak SSM dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh surat kelulusan nama
tersebut.
Dokumen-dokumen berkaitan yang dimaksudkan adalah:-
Nota :
a. Kesemua dokumen-dokumen di
atas perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan dimeterai dengan Duti Setem.
b. Pada peringkat ini Yuran
Pendaftaran Syarikat baru akan dibayar kepada pihak SSM bagi membolehkan pihak
SSM memproses dokumen-dokumen tersebut.
PERINGKAT TERAKHIR
Setelah kesemua dokumen-dokumen berkaitan diproses dan diluluskan
oleh pihak SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat (Borang 9) akan
dikeluarkan. Kebiasaannya pengeluaran Borang 9 ini mengambil masa 1 atau 2
hari.
Susulan dari pengeluaran Borang 9, maka dokumen-dokumen seperti di
bawah perlu diserahsimpan kepada pihak SSM dalam
tempoh 1 bulan daripada tarikh penubuhan Syarikat:-
Dokumen Simpanan Anda Selepas Penubuhan Syarikat
(a) Salinan
Memorandum dan Arikel (M & A)
(b) Salinan
Borang 44
(c) Salinan
Borang 49
(d) Salinan
Borang 24
(e) Salinan
Borang 9
(f) Resolusi
pembukaan Akaun Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)
Kesemua dokumen yang diserahkan kepada pelanggan ditandatangani
dan disahkan (Certified True Copy) oleh pihak Setiausaha Syarikat.