Tubuh Syarikat


PERINGKAT PERTAMA

Permohonan carian nama Syarikat (Borang 13A)

Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:-

  1. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai.
  2. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim.
  3. Tidak boleh menggunakan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, nama negeri-negeri dan sebagainya.



Info:-
Berdasarkan statistik SSM sehingga 31 Disember 2012, sebanyak 1,017,941 Syarikat yang telah didaftarkan. Oleh yang demikian, banyak nama Syarikat telah digunapakai dan didaftarkan.

PERINGKAT KEDUA

Setelah nama yang dicadangkan itu diluluskan, maka pihak SSM akan mengeluarkan satu surat kelulusan nama memaklumkan bahawa nama yang dicadangkan telah diluluskan dan akan dirizab selama 3 bulan. Sehubungan itu, dokumen-dokumen berkaitan perlu disediakan dan diserahsimpan kepada pihak SSM dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh surat kelulusan nama tersebut.

Dokumen-dokumen berkaitan yang dimaksudkan adalah:-



Nota :
a. Kesemua dokumen-dokumen di atas perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan dimeterai dengan Duti Setem.
b. Pada peringkat ini Yuran Pendaftaran Syarikat baru akan dibayar kepada pihak SSM bagi membolehkan pihak SSM memproses dokumen-dokumen tersebut.

PERINGKAT TERAKHIR

Setelah kesemua dokumen-dokumen berkaitan diproses dan diluluskan oleh pihak SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat (Borang 9) akan dikeluarkan. Kebiasaannya pengeluaran Borang 9 ini mengambil masa 1 atau 2 hari.

Susulan dari pengeluaran Borang 9, maka dokumen-dokumen seperti di bawah perlu diserahsimpan kepada pihak SSM dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh penubuhan Syarikat:-





Dokumen Simpanan Anda Selepas Penubuhan Syarikat

(a)          Salinan Memorandum dan Arikel (M & A)
(b)          Salinan Borang 44
(c)          Salinan Borang 49
(d)          Salinan Borang 24
(e)          Salinan Borang 9
(f)           Resolusi pembukaan Akaun Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)

Kesemua dokumen yang diserahkan kepada pelanggan ditandatangani dan disahkan (Certified True Copy) oleh pihak Setiausaha Syarikat.