Tuesday, March 31, 2015



Tarikh : 25/03/2015
Daripada : xxx@gmail.com
Perkara : Pengurangan Kompaun; Pembatalan Nama Syarikat; Perubahan Pengarah


Salam,

Sy ingin bertanyakan mengenai 
1. Proses memansuhan/pengurangan kompaun Syarikat
2. Proses membatalkan Syarikat/mengeluarkan nama Pengarah

Situasinya begini dimana rakan sy telah membuat sebuah Syarikat sdn bhd bersama dua rakan niaga dia yg lain pada tahun 20120. Sejak dari tahun tersebut tiada aktiviti perniagaan telah berlaku dlm erti kata lain Syarikat tersebut berstatus dormant dan juga tiada mempunyai sebarang aset

Baru2 ni rakan sy yg merupakan salah seorng ahli Pengarah Syarikat tersebut di arahkan oleh HR tempat beliau bekerja sekarang utk mengeluarkan nama beliau drp Syarikat tersebut. sekiranya gagal beliau dikehendaki berhenti kerja.

Beliau telah ke SSM dan setelah semakan dilakukan, beliau telah dikenakan kompaun sebyk RM4,400.00 atas kesalahan dibawah akta Syarikat 1965 - Seksyen 143(1), 165(4) dan 169(1)

Pihak SSM menyarankan agar menulis surat utk pengurangan kompaun kepada SSM dan surat tersebut telah pun di tulis. Mungkin pengurangan kompaun tersebut dapat pertimbangan, yg cuma menjadi kerisauan sekarang adalah apakah prosesnya utk mengeluarkan nama beliau daripada Syarikat tersebut. Apa yg saya faham, utk berbuat demikian beliau perlukan persetujuan, tandatangan dan kehadiran ahli Pengarah yg lain ketika mengisi borang pengeluaran nama sebagai ahli Pengarah Syarikat. masalahnya skrg, dua ahli Pengarah yg lain tidak dpt dijejaki atau dihubungi sejak tahun 2011 malah belaiu juga tidak ingat lagi company secretary mereka. Jadi, bagaimanakah caranya utk menyelesaikan permasalahan ini

Sy berharap pihak tuan boleh memberikan penjelasan kepada perkara di atas agar sy dpt membantu kawan sy ini.

Sekian Terima Kasih



Jawapan:
Assalammualaikum Tuan,
Berikut merupakan penjelasan kami berhubung soalan yang Tuan ajukan.
1.        PROSEDUR PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PENGARAH SYARIKAT
Secara asasnya, Pengarah yang ingin meletak jawatan perlu memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Setiausaha Syarikat agar mereka dapat menyediakan segala dokumen yang berkaitan iaitu Resolusi Pengarah, Surat Perletakan Jawatan Pengarah dan Borang 49. Untuk makluman Tuan, setelah dokumen lengkap ditandatangani oleh pihak Ahli Lembaga Pengarah, maka pihak Setiausaha Syarikat akan menyerahsimpan dokumen ini kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk didaftarkan.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Ahli Lembaga Pengarah dan Setiausaha Syarikat tidak dpt dijejaki atau dihubungi?
Untuk makluman Tuan, maklumat tersebut boleh didapati di mana-mana cawangan SSM. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, Tuan perlu membeli dokumen berikut di kaunter SSM:-
    (a)    Carian Maklumat Syarikat
    (b)   Borang 49 terkini
Kebiasaannya, pada muka surat akhir Borang 49, ada dinyatakan nama, alamat dan nombor telefon pihak Setiausaha Syarikat tersebut.

2.       PROSEDUR PEMANSUHAN/PENGURANGAN KOMPAUN SYARIKAT
Untuk makluman Tuan, setiap tahun Syarikat dikehendaki untuk:-
(a)    Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (S143)
(b)   Membentangkan Penyata Kewangan Beraudit (S169)
(c)    Menyerahsimpan Penyata Kewangan bersama-sama Penyata Tahunan kepada pihak SSM dalam tempoh yang ditetapkan. (S165)
Sekiranya gagal mematuhi perkara 2(a) – (c), maka kompaun akan dikenakan kepada Syarikat dan setiap Ahli Lembaga Pengarah.
Sementara itu, Pengarah yang telah menerima kompaun daripada pihak SSM boleh mengemukakan surat rayuan kepada pihak SSM dengan syarat pihak Syarikat akan mengemaskini/menyerahsimpan perkara 2(b) & (c) dengan kadar segera.
Kadar pengurangan kompaun pula adalah tertakluk kepada budibicara pihak SSM.


3.       PROSEDUR MEMBATALKAN SYARIKAT

Sekiranya Syarikat Tuan tidak aktif, tidak beroperasi dan tidak berupaya meneruskan perniagaan pada masa akan datang, maka pihak Syarikat dinasihatkan untuk membuat permohonan Pembatalan Nama Syarikat atau lebih dikenali sebagai Penutupan Syarikat di bawah Seksyen 308(1) Akta Syarikat 1965.
Antara syarat2 yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:-
(a)      Syarikat itu tidak berniat untuk menjalankan perniagaan pada masa hadapan
(b)     Syarikat itu tidak mempunyai aset atau harta
(c)      Syarikat itu tidak mempunyai hutang yang perlu dibayar
(d)     Syarikat itu bukan Syarikat penjamin atau anak Syarikat lain
(e)     Syarikat itu tidak berfungsi lagi, mungkin tanpa pegawai yang boleh dihubungi

Proses penutupan Syarikat ini kebiasaannya mengambil tempoh selama 6 hingga 12 bulan bergantung kepada budi bicara pihak SSM. Sesebuah Syarikat yang telah dibatalkan dari Daftar disifatkan telah dibubarkan setelah notis pembatalan nama dikeluarkan dalam Warta Kerajaan. Oleh yang demikian, pihak Syarikat dan pihak Pengarah boleh memilih untuk menutup Syarikat di bawah Seksyen ini. Pihak Tuan boleh melantik pihak lain sekiranya pihak Syarikat tidak mahu menggunakan khidmat Setiausaha Syarikat Tuan.

Untuk makluman Tuan, pihak yang terlibat di dalam proses penutupan Syarikat adalah:-
(a)      Pengarah
(b)     Pemegang Saham
(c)      Setiausaha Syarikat
(d)     Suruhanjaya Syarikat Malaysia

MAKLUMAT TERKINI
Sementara itu, baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan bahawa berkuatkuasa mulai 1 April 2015 hingga 30 September 2015, insentif Penutupan Syarikat di bawah Seksyen 308 Akta Syarikat 1965 telah diperkenalkan dimana insentif ini terhad kepada:-
·         semua Syarikat-Syarikat dorman atau tidak aktif
·         diperbadankan pada tahun 2010 hingga tahun 2014

Antara kebaikan insentif ini adalah seperti berikut:-
(a)    Membantu Syarikat-Syarikat tidak aktif atau dorman menutup Syarikat dengan mudah, cepat serta dengan kos yang rendah;
(b)   Mengurangkan kos operasi dan pematuhan Syarikat seperti kos perlantikan Juruaudit & Setiausaha Syarikat;
(c)    Menggalakkan penutupan Syarikat dorman atau tidak aktif bagi mengelakkan Syarikat-Syarikat tersebut daripada disalah guna bagi tujuan menyalahi undang-undang seperti aktiviti pengubahan wang haram (money laundering) dan aktiviti penipuan; dan
(d)   Bagi memastikan senarai Syarikat yang berdaftar di SSM mengandungi maklumat berkaitan Syarikat-Syarikat yang aktif sahaja iaitu Syarikat yang masih menjalankan aktiviti perniagaan.
Di dalam tempoh Insentif ini juga, pihak Syarikat yang membuat permohonan untuk menutup Syarikat akan menikmati insentif tambahan iaitu SSM akan mengenakan kadar ‘flat rate’ untuk setiap satu surat kompaun yang tertangguh seperti berikut:
  • Syarikat : RM100.00
  • Pengarah Syarikat : RM100.00 setiap Pengarah Syarikat
Bagi menikmati Insentif ini, Syarikat dan/atau Pengarah-Pengarah Syarikat boleh hadir di mana-mana kaunter SSM di seluruh Negara bagi membuat permohonan penutupan Syarikat di bawah seksyen 308 Akta Syarikat 1965.
Diharap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu Tuan.

Sekian, harap maklum.

Thursday, January 15, 2015



From:"xxx"
To:rundingsyarikat@yahoo.com
Sent: December 27, 2014 1:14 AM
Subject: TUTUP SYARIKAT

Harap beri nasihat. Saya adalah salah seorang pemegang saham syarikat sdn bhd tapi company ini sudah beroperasi 10 tahun. Baru2 ini saya ingin tutup company ini kerana dah bertahun2 tidak untung lagi masalah accountant saya ini beritahu kos untuk tutup company agak mahal sebab itu saya agak risau dah tak untung lagi tapi kena pulah kos yang mahal untuk tutup . setahu saya company dah tak hutang lagi cuma kena buat account saja cuma tahun 2013 ada business sampai bulan 6 tapi accountant kata kena buat setahun lagi sila beri maklum balas. Sekian

Terima kasih.

En XXX

JAWAPAN:

Waalaikumsalam, Tuan.

Untuk makluman Tuan,
Sekiranya Syarikat tidak lagi aktif, Tuan sebagai Pemegang Saham berhak untuk menutup  Syarikat Tuan dan proses penutupan ini lebih dikenali sebagai ‘Strike Off’. Seksyen 308, Akta Syarikat 1965 menyediakan prosedur bagi syarikat dibubarkan tanpa perlu menjalankan proses formal penggulungan.

PENUTUPAN SYARIKAT

Definisi
Seksyen 308 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan prosedur bagi sesebuah syarikat yang akan dibubarkan tanpa perlu menjalankan proses rasmi penggulungan. Ia mungkin terjejas apabila Pendaftar melaksanakan kuasanya di bawah Seksyen 308 (1) untuk membatalkan sesebuah syarikat yang tidak berfungsi daripada Daftar dan di bawah Seksyen 308 (3) jika Pendaftar membatalkan sesebuah syarikat yang telah digulung.

Antara syarat2 yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:-
a. Syarikat itu tidak berniat untuk menjalankan perniagaan pada masa hadapan
b. Syarikat itu tidak mempunyai asset atau harta
c. Syarikat itu tidak mempunyai hutang yang perlu dibayar
d. Syarikat itu bukan Syarikat penjamin atau anak Syarikat lain
e. Syarikat itu tidak berfungsi lagi, atau mungkin tiada pegawai yang boleh dihubungi lagi

Proses penutupan Syarikat ini kebiasaannya mengambil tempoh selama 6 hingga 12 bulan bergantung kepada budi bicara pihak SSM. Sesebuah Syarikat yang telah dibatalkan dari Daftar disifatkan telah dibubarkan setelah notis pembatalan nama dikeluarkan dalam Warta Kerajaan.

Sementara itu, pihak Tuan tidak perlu menunggu sehingga setahun lagi untuk menyediakan akaun Syarikat kerana pembatalan nama Syarikat hanya memerlukan Pengarah menyediakan Akaun Pengurusan Syarikat sahaja.

Sementara itu, kos pembayaran bagi pembatalan nama Syarikat adalah tidak membebankan iaitu berjumlah RM1,920 dan jumlah ini juga bergantung kepada penyediaan Akaun Pengurusan Syarikat.  

Terima kasih.

Harap dapat membantu.

RADZI & CO.
Chartered Accountants (M)