Tarikh : 25/03/2015
Daripada : xxx@gmail.com
Perkara
: Pengurangan Kompaun; Pembatalan Nama Syarikat; Perubahan Pengarah
Salam,
Sy ingin
bertanyakan mengenai
1. Proses
memansuhan/pengurangan kompaun Syarikat
2. Proses
membatalkan Syarikat/mengeluarkan nama Pengarah
Situasinya
begini dimana rakan sy telah membuat sebuah Syarikat sdn bhd bersama dua rakan
niaga dia yg lain pada tahun 20120. Sejak dari tahun tersebut tiada aktiviti
perniagaan telah berlaku dlm erti kata lain Syarikat tersebut berstatus dormant
dan juga tiada mempunyai sebarang aset
Baru2 ni
rakan sy yg merupakan salah seorng ahli Pengarah Syarikat tersebut di arahkan
oleh HR tempat beliau bekerja sekarang utk mengeluarkan nama beliau drp Syarikat
tersebut. sekiranya gagal beliau dikehendaki berhenti kerja.
Beliau
telah ke SSM dan setelah semakan dilakukan, beliau telah dikenakan kompaun
sebyk RM4,400.00 atas kesalahan dibawah akta Syarikat 1965 - Seksyen 143(1),
165(4) dan 169(1)
Pihak SSM
menyarankan agar menulis surat utk pengurangan kompaun kepada SSM dan surat
tersebut telah pun di tulis. Mungkin pengurangan kompaun tersebut dapat
pertimbangan, yg cuma menjadi kerisauan sekarang adalah apakah prosesnya utk
mengeluarkan nama beliau daripada Syarikat tersebut. Apa yg saya faham, utk
berbuat demikian beliau perlukan persetujuan, tandatangan dan kehadiran ahli Pengarah
yg lain ketika mengisi borang pengeluaran nama sebagai ahli Pengarah Syarikat.
masalahnya skrg, dua ahli Pengarah yg lain tidak dpt dijejaki atau dihubungi
sejak tahun 2011 malah belaiu juga tidak ingat lagi company secretary mereka.
Jadi, bagaimanakah caranya utk menyelesaikan permasalahan ini
Sy
berharap pihak tuan boleh memberikan penjelasan kepada perkara di atas agar sy
dpt membantu kawan sy ini.
Jawapan:
Assalammualaikum Tuan,
Berikut merupakan penjelasan kami berhubung soalan yang
Tuan ajukan.
1.
PROSEDUR
PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PENGARAH SYARIKAT
Secara asasnya, Pengarah
yang ingin meletak jawatan perlu memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Setiausaha
Syarikat agar mereka dapat menyediakan segala dokumen yang berkaitan iaitu
Resolusi Pengarah, Surat Perletakan Jawatan Pengarah dan Borang 49. Untuk
makluman Tuan, setelah dokumen lengkap ditandatangani oleh pihak Ahli Lembaga Pengarah,
maka pihak Setiausaha Syarikat akan menyerahsimpan dokumen ini kepada pihak
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk didaftarkan.
Apakah
yang perlu dilakukan sekiranya Ahli Lembaga Pengarah dan Setiausaha Syarikat tidak
dpt dijejaki atau dihubungi?
Untuk makluman Tuan,
maklumat tersebut boleh didapati di mana-mana cawangan SSM. Untuk mendapatkan
maklumat tersebut, Tuan perlu membeli dokumen berikut di kaunter SSM:-
(a) Carian
Maklumat Syarikat
(b) Borang
49 terkini
Kebiasaannya, pada muka
surat akhir Borang 49, ada dinyatakan nama, alamat dan nombor telefon pihak Setiausaha
Syarikat tersebut.
2.
PROSEDUR
PEMANSUHAN/PENGURANGAN KOMPAUN SYARIKAT
Untuk
makluman Tuan, setiap tahun Syarikat dikehendaki untuk:-
(a)
Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (S143)
(b)
Membentangkan Penyata Kewangan Beraudit (S169)
(c)
Menyerahsimpan Penyata Kewangan bersama-sama
Penyata Tahunan kepada pihak SSM dalam tempoh yang ditetapkan. (S165)
Sekiranya gagal mematuhi
perkara 2(a) – (c), maka kompaun akan dikenakan kepada Syarikat dan setiap Ahli
Lembaga Pengarah.
Sementara
itu, Pengarah yang telah menerima kompaun daripada pihak SSM boleh mengemukakan
surat rayuan kepada pihak SSM dengan syarat pihak Syarikat akan mengemaskini/menyerahsimpan
perkara 2(b) & (c) dengan kadar segera.
Kadar
pengurangan kompaun pula adalah tertakluk kepada budibicara pihak SSM.
3. PROSEDUR MEMBATALKAN SYARIKAT
Sekiranya
Syarikat Tuan tidak aktif, tidak beroperasi dan tidak berupaya meneruskan
perniagaan pada masa akan datang, maka pihak Syarikat dinasihatkan untuk
membuat permohonan Pembatalan Nama Syarikat atau lebih dikenali sebagai
Penutupan Syarikat di bawah Seksyen 308(1) Akta Syarikat 1965.
Antara syarat2 yang perlu dipatuhi adalah seperti
berikut:-
(a)
Syarikat itu
tidak berniat untuk menjalankan perniagaan pada masa hadapan
(b)
Syarikat itu
tidak mempunyai aset atau harta
(c)
Syarikat itu
tidak mempunyai hutang yang perlu dibayar
(d)
Syarikat itu
bukan Syarikat penjamin atau anak Syarikat lain
(e)
Syarikat itu
tidak berfungsi lagi, mungkin tanpa pegawai yang boleh dihubungi
Proses penutupan Syarikat ini kebiasaannya
mengambil tempoh selama 6 hingga 12
bulan bergantung kepada budi bicara pihak SSM. Sesebuah Syarikat yang telah
dibatalkan dari Daftar disifatkan telah dibubarkan setelah notis pembatalan
nama dikeluarkan dalam Warta Kerajaan. Oleh yang demikian, pihak Syarikat dan
pihak Pengarah boleh memilih untuk menutup Syarikat di bawah Seksyen ini. Pihak
Tuan boleh melantik pihak lain sekiranya pihak Syarikat tidak mahu menggunakan
khidmat Setiausaha Syarikat Tuan.
Untuk makluman Tuan, pihak yang terlibat di dalam
proses penutupan Syarikat adalah:-
(a)
Pengarah
(b)
Pemegang Saham
(c)
Setiausaha Syarikat
(d)
Suruhanjaya Syarikat
Malaysia
MAKLUMAT TERKINI
Sementara itu, baru-baru ini Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan bahawa berkuatkuasa mulai 1 April 2015 hingga 30 September 2015, insentif Penutupan Syarikat
di bawah Seksyen 308 Akta Syarikat 1965 telah diperkenalkan dimana insentif ini
terhad kepada:-
·
semua
Syarikat-Syarikat dorman atau tidak aktif
·
diperbadankan pada
tahun 2010 hingga tahun 2014
Antara
kebaikan insentif ini adalah seperti berikut:-
(a)
Membantu Syarikat-Syarikat tidak aktif atau
dorman menutup Syarikat dengan mudah, cepat serta dengan kos yang rendah;
(b)
Mengurangkan kos operasi dan pematuhan Syarikat
seperti kos perlantikan Juruaudit & Setiausaha Syarikat;
(c)
Menggalakkan penutupan Syarikat dorman atau
tidak aktif bagi mengelakkan Syarikat-Syarikat tersebut daripada disalah guna
bagi tujuan menyalahi undang-undang seperti aktiviti pengubahan wang haram
(money laundering) dan aktiviti penipuan; dan
(d)
Bagi memastikan senarai Syarikat yang
berdaftar di SSM mengandungi maklumat berkaitan Syarikat-Syarikat yang aktif
sahaja iaitu Syarikat yang masih menjalankan aktiviti perniagaan.
Di
dalam tempoh Insentif ini juga, pihak Syarikat yang membuat permohonan untuk
menutup Syarikat akan menikmati insentif tambahan iaitu SSM akan mengenakan kadar
‘flat rate’ untuk setiap satu surat kompaun yang tertangguh seperti berikut:
- Syarikat
: RM100.00
- Pengarah
Syarikat : RM100.00 setiap Pengarah Syarikat
Bagi
menikmati Insentif ini, Syarikat dan/atau Pengarah-Pengarah Syarikat boleh
hadir di mana-mana kaunter SSM di seluruh Negara bagi membuat permohonan
penutupan Syarikat di bawah seksyen 308 Akta Syarikat 1965.
Diharap
penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu Tuan.
Sekian,
harap maklum.