Tuesday, December 27, 2016

PEMILIK PERNIAGAAN DISABITKAN KESALAHAN KERANA MENAWARKAN SKIM PELABURAN YANG TIDAK SAH DI BAWAH SEKSYEN 91(1) AKTA SYARIKAT 1965



Selasa, 6 Disember 2016: Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Zamri Bin Bakar pada hari ini telah mensabitkan pemilik perniagaan Green Million Agrisolutions Enterprise, Muhammad Rozi Bin Omar, 42, kerana melanggar peruntukkan seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965. Muhammad Rozi telah diperintahkan membayar denda berjumlah RM50,000.00 dan sekiranya ingkar, enam (6) bulan penjara.
Kesalahan di bawah seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965 membawa hukuman maksimum pemenjaraan lima (5) tahun atau denda maksimum sebanyak RM100,000.00 atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan yang dilakukan oleh Muhammad Rozi ini adalah berkaitan dengan penawaran yang telah dibuat kepada orang awam untuk membeli kepentingan (‘interest’) dalam skim pelaburan rock melon tanpa Surat Ikatan (‘approved deed’) yang sah dan diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’) melalui perniagaan Green Million Agrisolutions Enterprise.
Faizal Mahdi Bin Mahmud dan Cheong Jee Khuan menjalankan pendakwaan bagi pihak SSM manakala Muhammad Rozi tidak diwakili peguam.
Tindakan pendakwaan yang dijalankan ini adalah salah satu usaha berterusan oleh pihak SSM untuk menbanteras skim pelaburan yang tidak berdaftar di Malaysia yang menerima wang pelaburan dari orang awam.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
6 DISEMBER 2016


Monday, November 14, 2016

SSM GIAT MENJALANKAN PEMERIKSAAN TERHADAP SYARIKAT


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) melaksanakan penguatkuasaan sebagai medium untuk melindungi persekitaran korporat dan komuniti perniagaan daripada isu-isu utama yang boleh menjejaskan ekonomi Malaysia. Bagi merealisasikan penguatkuasaan seimbang, SSM menggunakan tindakan penguatkuasaan sebagai strategi menyeluruh. Antara aktiviti-aktiviti penguatkuasaan ini adalah termasuklah tindakan siasatan dan penguatkuasaan yang rutin seperti pemeriksaan fizikal dan semakan pangkalan data SSM. 
Dalam menguatkuasakan strategi dan inisiatif penguatkuasaan ini, SSM akan meneruskan tindakan pemeriksaannya terhadap mana-mana entiti-entiti perniagaan bukan hanya terhad kepada entiti yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], tetapi juga lain-lain jenis atau kategori entiti perniagaan yang didaftarkan di bawah perundangan yang ditadbir oleh SSM. Seperti, sebagai Pendaftar Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197] serta sebagai Pendaftar Perkongsian Liabiliti Terhad, di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743]. 
Dalam konteks pemeriksaan melibatkan Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], SSM ingin menegaskan bahawa pemeriksaan fizikal yang dijalankan ke atas mana-mana Syarikat adalah selaras menurut bidang kuasa yang diberikan oleh undang-undang kepada SSM sebagai Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan pemeriksaan ke atas mana-mana Syarikat atau perbadanan seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 7B(1) Akta Syarikat 1965.
Seksyen 7B(1) Akta Syarikat 1965 menyatakan:
“Bagi maksud menentukan sama ada sesuatu perbadanan atau mana-mana pegawai perbadanan mematuhi Akta ini, Pendaftar boleh mempunyai akses kepada mana-mana tempat atau bangunan dan boleh memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini untuk disimpan oleh perbadanan itu”. 
Dengan kuasa yang diperuntukkan di atas dan bagi memastikan Syarikat mematuhi mana-mana peraturan yang dikawalselia oleh SSM, SSM mempunyai kuasa untuk memasuki mana-mana tempat atau bangunan bagi memeriksa apa-apa dokumen yang berkaitan tanpa perlu mengemukakan notis terlebih dahulu kepada mana-mana Syarikat.
Walaubagaimanapun, jika mana-mana Syarikat gagal mengemukakan dokumen-dokumen yang diminta semasa pemeriksaan dijalankan, SSM boleh mengeluarkan notis di bawah seksyen 7B(2) Akta Syarikat 1965 untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan dan pihak Syarikat diberikan masa sehingga 14 hari untuk menyerahkan dokumen-dokumen yang diminta.
Tindakan pemeriksaan yang dilaksanakan oleh SSM merupakan pendekatan biasa yang merupakan salah satu dari pelbagai pendekatan aktiviti penguatkuasaan dan kawalseliaan SSM. Sepanjang tempoh 2014 hingga Oktober 2016, SSM telah memeriksa sejumlah 9,340 Syarikat berhubung pelbagai peruntukan Akta Syarikat 1965. Manakala pemeriksaan berhubung pematuhan seksyen 167 Akta Syarikat 1965, sebanyak 281 Syarikat telah melalui proses tersebut dalam tempoh yang sama iaitu memberikan maklumat kepada SSM berhubung amalan penyimpanan rekod-rekod perakaunan di Syarikat masing-masing.
Aktiviti kawalselia serta penguatkuasaan yang berterusan adalah agenda utama SSM di samping usaha memberi pendidikan serta kefahaman berhubung kehendak pematuhan undang-undang dan juga amalan tadbir urus korporat terbaik yang disemai kepada komuniti peniaga menerusi Akademi Latihan SSM akan terus dilaksanakan. Usaha ini adalah bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif, meningkatkan tahap pematuhan komuniti korporat yang tinggi serta menjadikan Malaysia sebagai destinasi perniagaan terpilih di peringkat antarabangsa. 

Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Tarikh: 26.10.2016

Friday, August 5, 2016

KEMUDAHAN SISTEM SSM - EZBIZ ONLINE



Sebelum ini EZBIZ ONLINE hanya tertumpu kepada Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (renewal) sahaja tetapi bermula 01 Ogos 2016 perkhidmatan ezbiz telah dikembangkan kepada Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A). Ini bermakna sesiapa sahaja yang ingin mendaftarkan perniagaan baru tidak lagi perlu hadir ke kaunter SSM sebaliknya boleh dilakukan secara online. Pelanggan dikehendaki berdaftar sebagai pengguna ezbiz terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan perkhidmatan ini.




SUMBER: FACEBOOK SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Friday, April 1, 2016

BEKAS PENGARAH SYARIKAT PELABURAN DIDAKWA BUAT PERNYATAAN PALSU


KUALA LUMPUR, 31 MAC (Bernama) - Seorang bekas pengarah syarikat pelaburan mengaku tidak ber salah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap dua pertuduhan membuat pernyataan palsu berhubung kenaikan saham syarikat dan perletakan jawatan pengarah syarikat itu, tujuh tahun lepas.

Datuk Zakri Abdullah Kuah, 68, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Bagi pertuduhan pertama, Zakri didakwa membuat pernyataan palsu mengenai Syarikat Chuen Asia Pacific Sdn Bhd miliknya berhubung kenaikan saham syarikat sebanyak RM 900,000 unit saham sedangkan tidak ada kelulusan syarikat untuk kenaikan saham itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tingkat 2, 10-18, Putra Place, 100 Jalan Putra di sini pada 22 April 2009.

Bagi pertuduhan kedua, Zakri didakwa membuat pernyataan palsu mengenai syarikat sama berkenaan peletakan jawatan bekas isterinya Datin Tan Wai Meng, 60, sebagai pengarah syarikat di Menara SSM@Sentral, No. 7, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral disini pada 25 Nov 2010.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa daripada SSM, Mohammad Afif Abdullah menawarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Zakri yang tidak mewakili peguam memohon jaminan dikurangkan atas alasan dia kini hanya bekerja sambilan sebagai juruunding.

Hakim Zulqarnain membenarkan Zakri diikat jamin RM 25,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan 15 April untuk sebutan semula kes.



SUMBER : BERNAMA ONLINE

Tuesday, January 19, 2016

PINDAHAN ASET DAN LIABILITI ENTERPRISE KE SDN. BHD.

From:"xxx"
To:rundingsyarikat@yahoo.com
Sent:
December 27, 2014 1:14 AM
Subject: PINDAHAN ASET DAN LIABILITI ENTERPRISE KE SDN. BHD.

Assalamualaikum..

Saya ada sebuah Syarikat Enterprise dan ingin upgred ke Sdn. Bhd. saya difahamkan kita tidak boleh upgred dari Enterprise ke Sdn. Bhd kecuali aset dan laibiliti Enterprise dipindahkan ke Sdn. Bhd. soalan saya:-

1. Bagaimana dan borang apa yg perlu di isi utk tukarkan aset dan liabiliti Enterprise ke Syarikat Sdn. Bhd.

2. Adakah segala sijil2 competen dari Syarikat Enterprise contoh sijil cidb, span dan sebagainya boleh dipindahmilik ke Syarikat Sdn. Bhd. (saya adalah salah seorang pemilik saham dan pengarah urusan utama di Sdn. Bhd. nanti jika ditubuhkan.

Harap pihak tuan dapat meleraikan persoalan di atas.

Sekian dan terima kasih.

Pn XXX

JAWAPAN:
Waalaikumsalam, Tuan.
Untuk makluman Tuan,  
Untuk pengetahuan Puan, perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) secara undang-undang tidak boleh “di upgradekan” kepada Syarikat Sdn. Bhd. Hal ini kerana kedua-dua entiti ditubuhkan di bawah akta yang berbeza iaitu bagi Enterprise, akta yang digunakan adalah Akta Perniagaan 1956 manakala Syarikat Sdn. Bhd. menggunakan Akta Syarikat 1965. Sekiranya Tuan Ingin menubuhkan perniagaan Syarikat Sdn. Bhd., segala aktiviti dari perniagaan Enterprise termasuk aset dan liabiliti boleh sekiranya perlu dipindahkan ke entiti baru ini dan perniagaan Enterprise itu dikecilkan ataupun diberhentikan.




1. Sekiranya syarikat Sdn Bhd telah ditubuhkan, aset daripada enterprise seperti kenderaan, perabot, komputer dan sebagainya boleh dibawa ke sdn. bhd. dengan melupuskan aset tersebut dengan cara dijual kepada syarikat sdn. bhd. Setiausaha Syarikat akan menyediakan resolusi bagi pembelian aset tersebut. Bagi liabiliti Enterprise pula, contohnya seperti penghutang, Puan perlu memberitahu kepada mereka bahawa segala urusan akan dibawa kepada syarikat sdn. bhd. Manakala pemiutang pula, Puan perlu menyelesaikan hutang tersebut terlebih dahulu.
Pihak Puan perlu juga menitik beratkan nilai buku dan nilai semasa yang wajar terhadap aset-aset yang dibawa masuk kepada entiti baru. Dari segi cukai, penjualan aset daripada Enterprise akan melibatkan kiraan bagi “balancing charge (BC)” dan “balancing allowance (BA)”. BC akan meningkatkan cukai yang dikenakan manakala BA akan mengurangkan cukai yang dikenakan terhadap individu. Sementara itu, bagi Syarikat pula hanya layak untuk menerima “annual allowance” bagi aset yang beli daripada Enterprise tersebut. 
2.  Bagi sijil-sijil seperti CIDB dan sebagainya, Puan perlu menguruskan pertukaran sijil dan mendapatkan maklumat yang lebih lanjut kepada pihak-pihak yang terlibat.

Terima kasih.  

Harap dapat membantu.

RADZI & CO.
Chartered Accountants (M)