Sebelum ini EZBIZ ONLINE hanya tertumpu kepada Pembaharuan Pendaftaran
Perniagaan (renewal) sahaja tetapi bermula 01 Ogos 2016 perkhidmatan ezbiz
telah dikembangkan kepada Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A). Ini bermakna
sesiapa sahaja yang ingin mendaftarkan perniagaan baru tidak lagi perlu hadir
ke kaunter SSM sebaliknya boleh dilakukan secara online. Pelanggan dikehendaki
berdaftar sebagai pengguna ezbiz terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan
perkhidmatan ini.
SUMBER: FACEBOOK SURUHANJAYA SYARIKAT
MALAYSIA