From:"xxx"
To:rundingsyarikat@yahoo.com
Sent: December 27, 2014 1:14 AM
Subject: PINDAHAN ASET DAN LIABILITI ENTERPRISE KE SDN. BHD.
To:rundingsyarikat@yahoo.com
Sent: December 27, 2014 1:14 AM
Subject: PINDAHAN ASET DAN LIABILITI ENTERPRISE KE SDN. BHD.
Assalamualaikum..
Saya ada sebuah Syarikat Enterprise dan ingin upgred ke Sdn.
Bhd. saya difahamkan kita tidak boleh
upgred dari Enterprise ke Sdn.
Bhd kecuali aset dan laibiliti Enterprise dipindahkan ke Sdn. Bhd. soalan saya:-
1. Bagaimana dan borang
apa yg perlu di isi utk tukarkan aset dan liabiliti Enterprise ke Syarikat Sdn. Bhd.
2. Adakah segala sijil2
competen dari Syarikat Enterprise contoh sijil cidb, span dan sebagainya boleh dipindahmilik
ke Syarikat Sdn. Bhd. (saya adalah salah seorang pemilik saham dan
pengarah urusan utama di Sdn. Bhd. nanti jika ditubuhkan.
Harap pihak tuan dapat meleraikan
persoalan di atas.
Sekian dan terima kasih.
Pn XXX
JAWAPAN:
Waalaikumsalam,
Tuan.
Untuk
makluman Tuan,
Untuk
pengetahuan Puan, perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) secara undang-undang
tidak boleh “di upgradekan” kepada Syarikat Sdn. Bhd. Hal ini kerana kedua-dua
entiti ditubuhkan di bawah akta yang berbeza iaitu bagi Enterprise, akta yang
digunakan adalah Akta Perniagaan 1956 manakala Syarikat Sdn. Bhd. menggunakan
Akta Syarikat 1965. Sekiranya Tuan Ingin menubuhkan perniagaan Syarikat Sdn.
Bhd., segala aktiviti dari perniagaan Enterprise termasuk aset dan liabiliti boleh
sekiranya perlu dipindahkan ke entiti baru ini dan perniagaan Enterprise itu
dikecilkan ataupun diberhentikan.
1.
Sekiranya syarikat Sdn Bhd telah ditubuhkan, aset daripada enterprise seperti
kenderaan, perabot, komputer dan sebagainya boleh dibawa ke sdn. bhd. dengan
melupuskan aset tersebut dengan cara dijual kepada syarikat sdn. bhd.
Setiausaha Syarikat akan menyediakan resolusi bagi pembelian aset tersebut.
Bagi liabiliti Enterprise pula, contohnya seperti penghutang, Puan perlu
memberitahu kepada mereka bahawa segala urusan akan dibawa kepada syarikat sdn.
bhd. Manakala pemiutang pula, Puan perlu menyelesaikan hutang tersebut terlebih
dahulu.
Pihak
Puan perlu juga menitik beratkan nilai buku dan nilai semasa yang wajar
terhadap aset-aset yang dibawa masuk kepada entiti baru. Dari segi cukai,
penjualan aset daripada Enterprise akan melibatkan kiraan bagi “balancing
charge (BC)” dan “balancing allowance (BA)”. BC akan meningkatkan cukai yang
dikenakan manakala BA akan mengurangkan cukai yang dikenakan terhadap individu.
Sementara itu, bagi Syarikat pula hanya layak untuk menerima “annual allowance”
bagi aset yang beli daripada Enterprise tersebut.
2. Bagi sijil-sijil seperti CIDB dan sebagainya,
Puan perlu menguruskan pertukaran sijil dan mendapatkan maklumat yang lebih
lanjut kepada pihak-pihak yang terlibat.
Terima
kasih.
Harap
dapat membantu.
RADZI
& CO.
Chartered
Accountants (M)