Isnin,
November 3, 2014 4:08 PM,
xxxx <xxxxx@yahoo.co.uk>
wrote:
SOALAN :
Tuan,
Saya xxxxx,
sebelum ini nama saya ada pada satu Syarikat Sdn Bhd, bagaimana saya nak keluarkan
nama saya dari syarikat tersebut? Terima kasih.
JAWAPAN :
Salam Tuan,
PENGARAH
Untuk makluman Tuan, perletakan jawatan Pengarah Syarikat boleh dilakukan pada bila-bila masa
dan atas apa-apa alasan.Perletakan jawatan tersebut berkuatkuasa pada tarikh
Lembaga Pengarah Syarikat menerima surat perletakan jawatan atau pada tarikh
yang dinyatakan dalam surat atau mengikut peruntukan Artikel Syarikat.
Akan tetapi, merujuk kepada Seksyen 122(6) dan 122(7) Akta Syarikat 1965, sekiranya
bilangan Pengarah Syarikat akan menjadi kurang daripada dua orang Pengarah, perletakan
jawatan tersebut adalah tidak sah kecuali jika perletakan jawatan tersebut
adalah disebabkan oleh Pengarah Syarikat tersebut tidak layak memenuhi
kelayakan atau menurut hal tidak layaknya di bawah Akta Syarikat atau mana-mana
undang-undang bertulis yang lain.
Oleh itu, Syarikat
perlulah melantik Pengarah baru bagi menggantikan jawatan Tuan, sekiranya
perletakan jawatan tersebut akan menyebabkan bilangan Pengarah Syarikat
berkurangan dari dua orang.
PEMEGANG SAHAM
Manakala sekiranya Tuan adalah Pemegang Saham
Syarikat pula, nama Tuan tidak boleh dikeluarkan selagi Tuan masih belum memindahkan
bilangan saham yang Tuan pegang. Oleh itu, Tuan perlulah memindahkan saham tersebut
bagi menarik diri dari Syarikat tersebut.
Adalah dinasihatkan
Tuan untuk merujuk Setiausaha Syarikat bagi membolehkan Tuan memproses penarikan diri dari Syarikat tersebut.
Hal ini kerana, Setiausaha Syarikat akan bertindak menyediakan dokumen yang
berkaitan.
Semoga penjelasan diatas dapat membantu tuan.
Semoga penjelasan diatas dapat membantu tuan.
Radzi & Co.
Chartered Accountants (M)