Monday, July 15, 2013

PEMEGANG SAHAM



From: xxx@gmail.com
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Tuesday, June 25, 2013 1:38 AM
Subject: Pemegang Saham


SOALAN[Q7003/2013]:-

Saya bekerja dan dalam masa yang sama saya merupakan pemegang saham. Baru-baru ni saya menghadapi masalah dengan pengarah dan telah meletakkan jawatan. Tetapi nama saya masih lagi di dalam syarikat dan pengarah tersebut telah lama tidak kembali ke Malaysia. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengeluarkan nama saya dari syarikat?

Pengarah tersebut bukan warganegara Malaysia dan memegang saham sebanyak 21%. Pengerusi adalah bumiputera dengan saham sebanyak 59%.Saya sendiri sebanyak 20%.


JAWAPAN:-


Salam Puan,

Terima kasih kerana meluangkan masa mengunjungi blog kami.

Kesimpulan daripada keterangan yang Puan berikan:-


Pemegang Saham
Jawatan
Pengerusi (59%)
Pengarah
Pengarah (21%)
Pengarah
Puan Syarifah (20%)
-

Berdasarkan kepada maklumat Puan, kami beranggapan bahawa Puan bukanlah seorang Pengarah. Hanya sebagai Pemegang Saham.

Secara adilnya, pihak Puan perlu merujuk kepada Setiausaha Syarikat Puan terlebih dahulu kerana beliau yang lebih arif dengan situasi yang berlaku.


Namun sebagai panduan, kami cuba memberi ringkasan & panduan:-

1.       Pemecatan & Perlantikan Pengarah Baru

Sekiranya Pengarah tidak dapat dikesan, maka Pemegang Saham boleh menggunakan kuasa mereka dalam memecat & melantik Pengarah baru.

2.      Pindahan Saham

Berbincang dengan pihak Syarikat dalam memindahkan saham yang Puan pegang,

Untuk makluman, sebagai Pemegang Saham boleh dikatakan kurangnya risiko berbanding dengan Pengarah. Kebiasaannya hanya Pengarah-Pengarah Syarikat sahaja yang dikenakan kompaun atas kesalahan-kesalahan pematuhan Akta Syarikat. Oleh yang demikian, sekarang Puan adalah Pemegang Saham dan bukannya Pengarah.

Secara amnya, Puan berada disituasi yang selamat. Namun begitu, Puan perlu pastikan bahawa saham yang Puan pegang telah dibayar dan tidak terhutang. Ini adalah kerana perkara ini boleh menyebabkan Puan boleh didenda atas hutang kepada Syarikat.

Justeru, Puan perlu membuat Company Search terkini di SSM bagi mengetahui kedudukan dan status Puan.

Semoga membantu.